Richard Speck


Nama : Richard Speck aka Richard Benjamin Speck
Lahir : 6 Desember 1941
Mati : 5 Desember 1991
Jantina : Lelaki


Lokasi Jenayah : Illinois, Chicago
Jenayah : Membunuh/merogol/ merompak/penipuan
Jenayah (Conviction) : Membunuh 8 orang pelajar kejururawatan
Warganegara : Amerika

Motto :  Born To Raise Hell
Adaptasi : (Filem) Chicago Massacre : Richard Speck


Sejarah Keluarga


Richard Franklin Speck , dilahirkan di Kirkwood, Illinois. Anak ke 7 dari 8 orang adik-beradik. Dia sangat rapat dengan ayahnya, Benjamin Franklin Speck. Selepas kematian ayahnya pada usia 53, kehidupan Richard tak tentu hala. Masa tu, umurnya baru 6 tahun. Kesian.

Lebih memburukkan keadaan, apabila emaknya, Mary Margaret Carbaugh Speck, kahwin pula dengan seorang jurujual insuran. Yang jadi teruk tu sebab, ayah tiri dia, Carl Lindbergh adalah penagih alkohol. Sementara emak dia, seorang yang kuat agama dan anti-alkohol dan rokok. Hmm. Bala.

Bukan sahaja penagih alkohol, Lindbergh juga ada rekod jenayah seperti, memandu dalam keadaan mabuk dan penipuan. Dan bertambah bala lagi apabila Richard sering menjadi mangsa penderaan si bapak tiri dia ni.

Sejak perkahwinan itu, keluarga Speck sering berpindah-randah sekitar kejiranan Texas. Kira mereka dalam ketegori papa kedana la ni.

Pada usia 13 tahun, Richard dah menjadi penagih alkohol dan mula bergaul dengan budak-budak jahat. Pada usia ni juga dia dah belajar cara nak pecah masuk rumah orang. Banyak kali kena tangkap, tapi selalu mak dia yang jamin.

Perkahwinan


Pada umur 19 tahun, Richard bekerja di syarikat pembotolan untuk 7 Up selama 3 tahun. Duit gaji yang dia dapat, banyak habes dekat dadah dan pelacur. Umur 20 tahun, dia kahwin, dengan gadis berusia 15 tahun, Shirley Annette Malone yang mengandung sebelum tu (Richard punya kerja). Lepas kahwin, dia tukar nama - Richard Franklin Speck.

Semasa Shirley lahirkan anak perempuan mereka, Robbie Lynn pada 5 Julai 1962, Richard kat dalam penjara, sebab bergaduh dalam keadaan mabuk dan mengganggu ketenteraman awam. Hukumannya 22 hari penjara.

Banyak kali jugalah Richard kena penjara sebab, mencuri, penipuan dan bergaduh. Belum dikira lagi dengan penderaan yang dialami Shirley dan mak mertuanya si Richard. Pada Januari, 1966, Shirley memfailkan penceraian sebab dah tak tahan (siapa je akan tahan?) dan dia kerap menjadi mangsa spousal rape si Richard ni.

"Bermulanya" Kehidupan Richard Speck


Richard kembali ke Illinois, tempat kelahirannya dan cuba untuk kenang zaman kanak-kanaknya. Apabila kerja kenang zaman kanak-kanak ni menjadikan dia lebih kecewa, dia mula jadi gila. Dia memecah masuk sebuah kedai runcit, mencuri 70 katon rokok dan menjualnya.

Untuk elakkan dia dari kena tangkap, kakaknya, Carolyn, bawa dia ke Chicago dan abang ipar dia, Gene carikan kerja untuk dia.

Selepas merompak dan merogol warga tua, Virgil Harris (mak aih, selera!), Richard dikehendaki polis atas kes pembunuhan Mary Kay Pierce, seorang barmaid dekat bar yang dia selalu pergi, Frank's Place - Semasa menyiasat kes barmaid tersebut, penyiasat menjumpai barang-barang milik, Mrs Virgil Harris dekat hotel tempat dia menginap (dah tentu dia takde masa ni). Dia melarikan diri ke Great Lakes dan dapat kerja kat atas kapal. Dalam pada tu, dia maseh menjadi buruan polis atas pembunuhan 4 orang perempuan dan kehilangan 3 yang lain.


Dia diberhentikan kerja sebab melakukan ugutan bersenjata dan berkelakuan yang membahayakan.

Selepas itu, dia menghabeskan masa 3 minggu dekat hotel murah berdekatan. Pada 13 Julai 1966, Richard tertekan dan marah, dia minum dengan banyak dan mabuk teruk.

Habes je minum, dia keluar bersama 2 bilah pisau dengan pistol .22 caliber menuju ke sebuah townhouse yang disewa oleh South Chicago Community Hospital untuk dijadikan asrama pelajar jurusan kejururawatan. Sebelum ni, dia memang tahu sangat jadual keluar masuk pelajar kat bangunan tu. Bila mereka habes kelas, bila mereka akan tidur, bila mereka akan mandi. Sebab asrama tu berdekatan dengan tempat dia menginap.

Pendekkan sikit cerita, dia masuklah ke dalam asrama tu. Dia ketuk pintu salah satu rumah, dan Corazon Amurao buka. Nampak je Richard, Corazon cuak. Tapi, Richard pujuk dengan berkata, "Aku nak ikat kau je, sebab aku nak duit nak pergi New Orleans".

Macam kena pukau rasanya, dia dapat ikat kesemua 3 orang pelajar perempuan yang menginap sekali dengan kain cadar yang dicarik-carik jadi tali. Lepas tu dia pergi belakang, ada sebuah townhouse lagi, juga ada 3 orang pelajar yang dah sedia nak tidur. Kena ikat juga.

Pukul 11.30 malam, seorang lagi mangsa baru balik, kena ikat. setengah jam kemudian, dapat lagi 2 orang. Menjadikan 9 orang mangsa - Valentina Paison, Merlita Garguilo, Corazon, Pamela Wilkening, Nina Schmale, Pat Matusek, Gloria Davy, Suzanne Farris dan Mary Ann Jordan.

Mangsa : (Atas dari kiri) Valentina Paison, Pamela Wilkening, Patricia Matusek, Suzanne Farris (Bawah dari kanan) Mary Ann Jordan, Merlita Garguilo, Gloria Davy, Nina Schmale


"Born To Raise Hell"


Pada pukul 3.30 pagi, Richard berjaya mengumpul semua harta rompakan dan membawa 8 orang pelajar keluar dari bilik. Dan mereka dibunuh. Gloria Davy dapat bonus, dia dirogol sebelum dibunuh.

Disebabkan dia sedang gila membunuh dan merogol, Richard lupa berapa orang yang dia dah tawan. Maka, dia terlepas pandang, maseh ada seorang lagi sedang menyorok dalam bilik, Corazon Amurao.

Dalam ketakutan yang amat sangat, Cora menyorok hingga jam 6 pagi. Yakin bahawa Richard si gila tu dah takde, dia panjat ke hujung tingkap dan menjerit "Semua kawan saya mati! Saya seorang je yang hidup! Oh Tuhan! Hanya saya seorang yang hidup!", sambil menangis.

Corazon Amurao

Judy Dykton, pelajar yang tinggal seberang jalan dengar jeritan Cora. Dia bangun awal untuk study. Dia menangis dan berlari ke arah Cora yang sedang menggigil. Selepas melihat apa yang telah berlaku dalam rumah tersebut, Judy mendapatkan Mrs. Bisone. "Ada masalah dekat rumah nombor 19!", dia jerit di luar rumah Mrs. Bisone.

Selepas diperiksa dan disiasat, Jack Wallenda, diktatif pertama yang sampai ke tempat kejadian mendapati;
  1. Gloria Davy - dalam keadaan bogel, dirogol sebab ada kesan air mani dekat celah punggung, diseksa dengan teruk secara seksual dan dijerut hingga mati.
  2. Pamela Wilkening - ditikam tepat ke jantung, mulut disumbat kain.
  3. Suzanne Ferris - ditikam sebanyak 18 kali di dada serta leher & leher dijerut dengan stoking.
  4. Mary Ann Jordan - ditikam 3 kali di dada, sekali di leher dan mata. 
  5. Patricia Matusek - ditumbuk dengan kuat sehingga mengakibatkan limpanya pecah dan dijerut.
  6. Nina Schmale - ditikam dileher hingga patah dan dilemaskan.
  7. Valentina Paison - leher dikelar.
  8. Merlita Gargullo - ditikam bertubi-tubi dan dijerut.






Tempat kejadian

Richard menjadi buruan polis, macam biasa. Dia lepak dekat Starr Hotel, yang menawarkan "bilik" untuk gelandangan atau kaki mabuk atau kutu. Selepas menghabeskan sebotol wine, dia pergi ke bilik mandi dan memecahkan botol wine tadi.

Serpihan botol tadi digunakan untuk mengelar pergelangan tangannya sendiri. Bertujuan untuk bunuh diri. Dia kembali ke "bilik" dengan darah meleleh sepanjang lantai.

Richard ditemui berlumuran darah oleh pekerja hotel yang kemudiannya bergegas menghubungi polis dan dibawa ke Hospital Cook County dengan ambulan. Semasa dalam perjalanan ke hospital, Richard minta air, tapi tak diendahkan.

Semasa dalam bilik kecemasan, Leroy Smith memeriksa kecederaan yang dialami oleh Richard, dan didapati ada sesuatu yang biasa dilihatnya - tattoo di lengan.

Dia pernah melihat corak tulisan tattoo yang sama yang pernah disebarkan oleh polis di kaca tv dan akhbar tentang penjenayah yang paling dikehendaki. Tattoo dengan perkataan, "Born to Raise Hell"!



Semasa Richard bangun nak minta air, Smith dengan pantas bersama segala kudrat yang ada menolak Richard ke pengusung semula dan menjerit memanggil polis bantuan yang sedang menjaga pesakit lain. Cuak la tu.

Risalah tentang Richard dari Jabatan Polis Chicago

Setelah mendapat makluman, pihak polis dan wartawan bergegas ke hospital. Pihak mahkamah terpaksa memujuk Corazon, satu-satunya mangsa yang terselamat untuk memberi keterangan berikutan yang dia maseh lagi dalam keadaan trauma atau unhinged selepas melalui pengalaman yang paling mengerikan sepanjang hidupnya.

Hukuman Mati


Akhirnya, Richard didapati bersalah membunuh 8 orang pelatih jururawat dan dijatuhkan hukuman mati. Walaubagaimanapun, mahkamah agung telah menukar hukuman mati kepada hukuman 50-100 tahun penjara.


Dia mati pada 5 Disember 1991 akibat serangan sakit jantung. Richard dikatakan telah mengambil suntikan hormon wanita untuk membesarkan buah dada. Sebelum kematiannya, terdapat rakaman video perbincangan ala-ala wawancara (boleh cari dekat youtube atau daily motion), Richard tidak menunjukkan kekesalan membunuh 8 orang gadis terbabit.

Dia menyifatkan mereka sebagai 'tidak bernasib baik' dan menganggap dia menjalani kehidupan yang menyeronokkan di penjara.

Beberapa minggu setelah kematian Richard, sebuah pita video telah dihantar kepada wartawan yang mengandungi aksi hubungan seks Richard dengan banduan-banduan lain di dalam penjara. Siapa yang jadi perempuan? Yeaah! Tepat sekali!

Gambar pegun dari video wawancara, American Justice
Cover DVD filem diadaptasi dari kisah Richard Speck - Chicago Massacre : Richard Speck

***

Jack :
  1. Kenapa mangsa tak melawan masa Richard ni tengah ikat seorang demi seorang ataupun, kenapa mereka tak menjerit atau takkan tiada siapa yang dengar apa-apa sebab townhouse tu didiami oleh, 155 pelajar dan dekat-dekat je. Ataupun, sekurangnya, mereka cuba untuk melarikan diri ketika itu.
  2. Masa bawa ke hospital selepas cubaan bunuh diri, polis dengan ambulan yang bawa tu, tak perasan pasal tattoo? Atau mereka memang tak update pasal berita semasa?

This entry was posted on Friday, 2 November 2012 and is filed under ,,,,,,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply